Followers

WELCOME TO SYAMILGOESOVERSEAS BLOG . TRAVEL MAKE YOU HAPPY

Saturday 23 May 2015

Ho Chi Minh City Trip 2014


Kami pelajar Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa telah melawat tapak-tapak sejarah peperangan di Vietnam. Trip kami yang berlangsung selama 4 hari 3 malam telah sempurna dengan jayanya. Banyak pengalaman dan perkara baru yang kami telah pelajari disana. 
Mekong River, Vietnam 



Kedai-kedai di sekitar bandar Ho Chi Minh.

TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI JOHOR, MALAYSIA

Menurut sumber wikipedia, Johor Darul Ta'zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur, Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau, Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.

Dengan keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi (7,420 bt2), Johor merupakan negeri ke-5 terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ke-3 terbesar diSemenanjung Malaysia. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk ke-2 terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ke-7 terpadat di dalam negara.

Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Bandar raya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang.

Negeri Johor mempunyai banyak tarikan pelancongan, terutamanya:

·         Desaru: pantai-pantai dan padang golf di pantai Laut China Selatan;
·      Johor Bahru: sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam;
·         Kota Tinggi: mempunyai air terjun yang tingginya 34 meter.
·         Kukup: sebuah kampung perikanan dengan restoran-restoran makanan laut yang      dibina diatas laut;
·         Muar: sebuah bandar yang cantik di tebing sungai;
·     Kepulauan Seribuat: terdiri daripada pulau-pulau yang mempunyai terumbu karang dan pantai yang                indah;
·         Tanjung Piai: merupakan hujung yang paling selatan di benua Asia.

Negeri Johor juga mempunyai lima taman negara dengan jumlah keluasan yang melebihi 700 kilometer persegi serta banyak hutan lipur yang lebih kecil untuk menarik kedatangan pelancong:
·         Taman Negara Endau-Rompin
·         Taman Negara Gunung Ledang
·         Taman Negara Tanjung Piai
·         Taman Negara Pulau Kukup
·         Taman Negara Johor Kepulauan Mersing
·         Hutan Lipur Gunung Pulai
·         Hutan Lipur Gunung Arong
·         Hutan Lipur Gunung Lambak
·         Hutan Lipur Gunung Belumut (Moss Mountain)
·         Hutan Lipur Gunung Panti.


Pulau Kukup Johor National Park / Pulau Kukup






Pulau Kukup. Ia menjadi destinasi pelancongan yang menarik kerana banyak sekali burung Ramsar yang singgah antara Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan kawasan ini sebagai Taman Negara Kukup yang diwartakan untuk dilindungi kerana adanya hutan paya bakau yang penting untuk habitat ketam,udang, kerang, siput , anakikan untuk membiak. Selain itu hutan bakau mampu menampan ombak laut dari Selat Melaka . Airnya memang keruh dan tidak sesuai untuk mandi-manda tetapi amat penting untuk survival para nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti perikanan.






Pulau Rawa / Rawa Island

Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatandi pesisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.


Pulau Sibu / Sibu Island





Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Desaru's beaches / Pantai Desaru





Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Ia ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.

Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.


Pantai Kampung Air Papan






Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″U103°50′5.6″T, merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor,Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar , Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan.

Endau Rompin National Park




Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya dilegeh Sungai Endau dan Sungai Rompin diJohor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometerpersegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesiestumbuhan yang baru.

Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajahdan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budayaorang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.



Gunung Ledang /  Ophir Mount




Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Ledang,Johor atau lebih tepat lagi di pekan Sagil. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. 

Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:

·         rekreasi (mandi - manda).
·         perkhemahan.
·         menginap (chalet, dorm, pondok dan tapak khemah).
·         mendaki (kolam gajah, sg. tiga segi dan bukit botak).
·         aktiviti pendidikan alam ( berjalan malam, perangkap cahaya, interpretasi alam dan eksplorasi alam.
·         aktiviti dalam kumpulan.
·         latihan ketenteraan.


Tanjung Piai National Park




Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. Dengan keluasan 926 hektar, Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka.


Kota Tinggi Waterfalls / Air Terjun Kota Tinggi

  

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor,Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikananyang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti danGunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru,Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampunganorang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi, satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Danga Bay






Teluk Danga (atau lebih dikenali sebagai Danga Bay) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.

Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.

Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar 

Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari Singapura dan pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.

·         Melalui pembinaan Gerbang Selatan Bersepadu (CIQ) yang baru, Teluk Danga akan dapat dituju hanya 10 minit dari pusat pemeriksaan kastam Malaysia dan Singapura.

·    Pembangunan premier ini juga terletak di antara dua Pelabuhan Laut Dalam Antarabangsa Pasir Gudang di timur dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di barat.

·      Apabila hendak menuju ke utara dalam masa 30 minit, pengunjung akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabanga dan Domestik Sultan Ismail dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hab Kargo yang terletak di Senai.

·        Landasan terminal keretapi utama di bandar Johor Bahru boleh dituju dengan hanya mengambil masa 10 minit dari Teluk Danga.

·  Tempat ini juga hanya 10 minit ke utara yang juga pintu masuk ke Lebuhraya Super yang menghubungkan semua lebuhraya di Semenanjung Malaysia dan juga boleh menjangkau ke sempadan Thailand.

Puteri Harbour Theme Park 




Puteri Harbour Family Theme Park merupakan sebuah taman tema yang dijadualkan untuk dibuka di Nusajaya, Johor,Malaysia pada November 2012. Taman tema ini juga menampilkan bangunan yang bertemakan kartun Hello Kitty, Bob the Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.

Sanrio Hello Kitty Town adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun dengan tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang berteknologi tinggi. Pengunjung akan merasai mengalaman di Black Wonder, Wishful Studio dan juga Friendship Land yang menyediakan taman permainan dan tunggangan berbentuk cawan teh serta persembahan secara langsung di atas pentas "Purrfect".

The Little Big Club akan menwarkan aktiviti yang interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter kartun yang direka oleh HIT Entertainment seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Tempat ini juga adalah yang pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang popular dengan penyatuan dalam sebuah taman tema. Seperti juga tunggangan yang bertemakan Bob the Builder, kanak-kanak dibolehkan untuk membantu membina rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung akan dapat menyaksikan persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan menari menggunakan imej janaan komputer (CGI) mengenai Angelina Ballerina.

Menariknya, tempat ini juga menyediakan suatu pengalaman makam malam yang bertemakan animasi yang bernama LAT’s Place. Perkara ini adalah berdasarkan kepada cadangan kartunis Kampung Boy iaitu Dato’ Mohammad Nor Khalid.

Taman tema ini dijangka mencapai 500,000 pengunjung menjelang tahun pertama operasinya. Taman tema ini juga mengandungi empat tingkat yang berkeluasan 80,000 meter persegi.


Zoo Johor





Zoo Johor Bahru merupakan salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia . Ianya telah dibina dalam tahun 1928 sewaktu pemerintahan Sultan Sir Ibrahim. Dalam tahun 1960an, zoo ini diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Kemudian, ianya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1962.

Terdapat kira 100 spesies haiwan di dalam kawasan yang seluas 5 hektar ini. Selain melihat spesies haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti menaiki kuda dan paddle boat .

Waktu Lawatan
Setiap Hari: 8.00am ~ 6.00pm

Yuran Masuk
* Orang Dewasa : RM2.00
* Kanak-kanak : RM1.00

Panduan: Zoo Johor Bahru terletak di Jalan Gertak Merah. Dari pusat Bandar Johor Bahru, anda boleh menaiki teksi ke zoo yang terletak bersebelahan dengan Taman Istana.


Johor Premier Outlets




Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama diIskandar Malaysia, Johor, Malaysia.. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011.

Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.

Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air. Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua.

Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit.

Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Premium Otlets akan dibangunkan taman tema air, pusat konvensyen Johor Premium Outlets dan 2000 bilik hotel yang mewah bertaraf 5 bintang.


Legoland Malaysia Theme Park





Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asiasemenjak penubuhannya. 


Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.


Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. 


Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd. Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.


Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing.


Salam hormat dan Selamat bercuti.. :)